Monday, May 9, 2011

UMNO Kedah Kembali Berkuasa....

Penulis berpeluang mengikuti Perhimpunan Melayu Perkasa yang diadakan di Alor Setar pada 30 April 2011 yang dihadiri Tun Dr Mahathir.

Walaupun terpaksa berjalan kaki kerana sukar mendapat ruang parking kereta tetapi kerana teruja untuk mendapat bahan berita dari ucaptama Tun Dr Mahathir kejauhan berjalan kaki terasa begitu dekat.

Tersempil dicelah-celah pengunjung penulis dapat rasa kehangatan Melayu Kedah dan keseluruhan “feel” di bawah bahawa PAS akan terus memerintah Kedah kerana Melayu Kedah masih tidak bersatu.

Dasar UMNO Kedah yang tidak pernah mengenang jasa bekas pemimpin anak Kedah sendiri jelas terbukti apabila tidak ada langsung kepimpinan tertinggi UMNO Kedah yang hadir dalam majlis Tun Dr Mahathir pada hari itu.

Hari ini kita marah pada pengundi Cina yang tidak kenang jasa kerana tidak mengundi BN dalam PRU yang lepas dan pilihanraya Sarawak baru-baru ini sebaliknya kita sendiri yang tidak mengenang budi pemimpin Melayu kita yang telah banyak berjasa pada negara ini.

Mungkin di kalangan pemimpin tertinggi Melayu UMNO Kedah merasa bimbang jika mereka hadir dalam majlis ini kelak mereka tidak akan mendapat undi kaum Cina kerana Perkasa dilabel sebagai rasis.

Inilah UMNO Kedah, di dalam keadaan kapal hendak karam pun masih angkuh, sombong dan berpecah belah sesama sendiri. Hakikatnya bahawa PAS di Kedah tidaklah sekuat mana tetapi kelemahan UMNO Kedah itu sendiri telah menyumbang kepada kekalahan BN di Negeri Jelapang Padi.

No comments:

Post a Comment