Monday, May 9, 2011

DS Ustaz Azizan nak milik negerikan UUM


Nampaknya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memohon agar pihak UUM menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal membayar dalam tempoh yang ditetapkan.

Jika tidak tanah kampus akan dirampas dan UUM akan dimilik negerikan. Lagi lama Kerajaan Persekutuan dingdong-dingdong perkara ini lagi bertambahlah pengaruh PAS di Kedah kerana rakyat Kedah akan membuat ketetapan untuk menyokong PAS kerana Kerajaan Pusat @ Kementerian Pengajian Tinggi tidak perihatin untuk menolong rakyat Kedah.

“Wang yang berjumlah RM1.7 juta pun depa nak kira, yang depa dok belanja bini depa pi persidangan antarabangsa tu awat depa tak kira?” kata seorang waris semasa berjumpa MR di UUM selepas menyampaikan ucaptama baru-baru ini.

Pandangan-pandangan golongan marhaen bawahan di Kedah seharusnya jangan dipandang sepi.

No comments:

Post a Comment